Malaysian Armed Forces Health Services Portal

SEJARAH KOR KESIHATAN DIRAJA

Kor Perkhidmatan Am (Ubat) telah ditubuhkan pada tahun 1960 setelah diambil dari Tentera British. Organisasi Jabatanarah Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah disusun semula dan ditubuhkan pada bulan Jun 1965.

Pada 11 Mei 1967, Kor Ubat dan Gigian (KUG) telah ditubuhkan dengan rasminya dan kemudian pada 10 Ogos 1988 ditukarkan designasinya kepada Kor Kesihatan ATM (KKAT).

Kor Kesihatan ATM telah dianugerahkan gelaran Diraja pada Jun 1997 sebagai meniktirafkan fungsi dan kepentingannya didalam ATM dan Negara. Mulai tarikh tersebut ia dikenali sebagai Kor Kesihatan Diraja (KKD).

Perkhidmatan Perubatan dan Pergigian ATM telah terus berkembang meliputi ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Kemudahan perkhidmatannya pula turut dinikmati oleh masyarakat awam terutamanya yang tinggal di kawasan pendalaman.

Di arena antarabangsa, Kor ini telah turut melibatkan diri dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Congo, Namibia, Kampuchea, Somalia, Bosnia-Herzagovina, Afghanistan, Sahara Barat, Timor Leste dan Lebanon. Diperingkat nasional pula, ia telah banyak memberi sumbangan kepada badan-badan sukan Negara dan pertubuhan sukarela perubatan.

PERANAN PERKHIDMATAN KESIHATAN ATM

  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan di medan dan cekap kepada pasukan ATM.

  • Melaksanakan perancangan pengurusan dan latihan ke atas sumber tenaga manusia KKD khasnya dan ATM amnya

  • Membantu dan menyokong semua aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh kerajaan.

  • Bekerjasama di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bersama lain-lain agensi kesihatan.

  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pergigian dan komprehensif kepada seluruh anggota ATM dan keluarga mereka

SKIM KEMASUKAN DIPLOMA TUGAS KHUSUS

Pemegang Diploma Kejururawatan perlu lulus Ujian Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan berdaftar.  Pemegang Diploma Pembantu Perubatan perlu berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia:

  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Juruteknologi Pergigian
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Jururawat Terlatih
  • Jururawat Pergigian/Juruterapi Pergigian
  • Juru X-Ray
  • Jurupulih Perubatan Anggoata/Fisioterapi
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Penolong Pegawai Veterinar

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

  • Warganegara Malaysia (Umur 18 hingga 25 tahun).
  • Sihat tubuh badan baik penglihatan dan tidak rabun warna.
  • Syarat Minimun Ukuran Fizikal.
  • Calon wanita Diploma minimum 1.57m tinggi.

 

Ukuran

 

Tinggi

1.62m

Berat

47.5kg

BMI

18-26.0

Ukuran Dada Biasa

Ukuran Dada Kembung

Lelaki

sahaja

76sm

81sm

KURSUS KERJAYA LLP

Anggota yang tamat Kursus Asas Latihan Ketenteraan (Perajurit Muda) selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) akan mengikuti pelbagai kursus di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN).

  • Skim Kemasukan Diploma Khas (Tugas Khusus)
  • Perubatan Ketenteraan Kelas II
  • Perubatan Ketenteraan Kelas I
  • Lulus Ujian Kelayakan Tred Band 4 dan 5

Pemegang Diploma Kejururawatan, anggota berpeluang untuk mengikuti Kursus Pos Basic anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Peningkatan Kerjaya bagi pemegang Diploma berpeluang melanjutkan di IPT tempatan dan luar negeri melalui Skim Pengajian Tinggi ATM ke Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan.

PENUGASAN LUAR NEGARA

Anggota berpeluang menyertai penugasan luar Negara:

  • Di Bawah Naungan PBB
  • Misi Bencana Alam
  • Misi Kemanusiaan
  • Latihan Bersama Negara Asing

GAJI DAN ELAUN ANDA

SKIM KEMASUKAN DIPLOMA TUGAS KHUSUS

Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA-ATM) yang sedang berkuatkuasa (Nov 2022):

Pangkat

Gaji Min-Maks Sebulan (RM)

Elaun Khidmat (RM) Sebulan

Prebet/Pranita

1,564.00 – 3,781.00

105.00

Lans Koperal

1,898.00 – 4,111.00

110.00

Koperal

2,418.00 – 4,691.00

120.00

Sarjan

2,728.49 – 5,678.00

150.00

Staff Sarjan

3,359.00 – 6,352.00

170.00

Pegawai Waren II

3,784.00 – 7,514.00

185.00

Pegawai Waren I

4,054.00 – 7,974.00

200.00

* Gaji permulaan diploma ialah RM 1,894.05 kecuali Diploma dalam bidang Sains Veterinar gaji permulaan RM 1,960.06.

Kenaikan gaji akan berubah berdasarkan kenaikan tahunan berdasarkan Gred Gaji Skim Perkhidmatan.

 

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun Sara Hidup

Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer

Elaun Khidmat

Elaun Imbuhan Perumahan

Elaun Kepakaran

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Rawatan Perubatan

Insuran Kelompok Angkatan Tentera

Elaun Perjalanan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Elaun Intensif Khas

Kemudahan Kediaman

PERMOHONAN

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
Kementerian Pertahanan
Jalan Tekpi Off Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Kerjaya LLP)

Tel: 03-40132993/2995/1235/2998/1239

Sel Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan)

Tel: 03-20713807/4254/4523/4258/2197

Logo KKD