Program Imunisasi COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia
Akan dikemas kini dari masa ke semasa
Berikut adalah senarai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ATM yang berdaftar dengan KKM
Bil | Kod Pusat | Nama Fasiliti | Bandar | Negeri |
1 | PPV-30 | PPAT 10 RAMD Kem Majidee | Batu Pahat | Johor |
2 | PPV-28 | 809 RSAT Kem Mahkota | Kluang | Johor |
3 | PPV-29 | PPAT 5 RAMD Kem Batu 3 | Kluang | Johor |
4 | PPVK-49 | 811 RSAT Kem Iskandar | Mersing | Johor |
5 | PPVK-50 | 813 RSAT KDSI Tg. Pengelih | Pengerang | Johor |
6 | PPV-27 | PPAT PULADA | Ulu Tiram | Johor |
7 | PPV-03 | 817 RSAT KTU Kem Kepala Batas | Alor Star | Kedah |
8 | PPV-04 | PPAT 6 RAMD Kem Bukit Pinang | Alor Star | Kedah |
9 | PPV-05 | PPAT MAWILLA 3 Langkawi | Langkawi | Kedah |
10 | PPV-02 | 807 RSAT Kem Lapangan Terbang, | Sg. Petani | Kedah |
11 | PPVK-51 | 704 PPAT Kem Desa Pahlawan | Kota Bahru | Kelantan |
12 | PPV-31 | PPAT 21 RAMD Kem Pengkalan. Chepa | Pengkalan Chepa | Kelantan |
13 | PPV-26 | 21 Skn Medik GGK Sg. Udang | Sg. Udang | Melaka |
14 | PSV-02 | 94 HAT – KKIA Jln Bakti Kem Terendak | Sg. Udang | Melaka |
15 | PPV-22 | HTD Kem Syed Sirajuddin | Gemas | Negeri Sembilan |
16 | PPV-21 | 808 RSAT Kem Si Rusa | Port Dickson | Negeri Sembilan |
17 | PPV-23 | PPAT 15 RAMD Kem Senawang | Senawang | Negeri Sembilan |
18 | PPV-24 | 814 RSAT PU Sendayan | Sendayan | Negeri Sembilan |
19 | PPV-25 | 701 PPAT Kem Rasah | Seremban | Negeri Sembilan |
20 | PPV-39 | PPAT 25 RAMD Kem Bentong | Bentong | Pahang |
21 | PPV-38 | PPAT 8 RAMD Kem Lipis | Kuala Lipis | Pahang |
22 | PPV-35 | PPAT 4 Bgd Kem Batu 10 | Kuantan | Pahang |
23 | PPV-34 | 815 RSAT TUDM | Kuantan | Pahang |
24 | PPV-41 | PPAT Kem Mempaga | Mempaga | Pahang |
25 | PPV-36 | PPAT 7 RRD Kem Batu 5 | Mentakab | Pahang |
26 | PPV-40 | 703 PPAT Kem Batu 3 | Temerloh | Pahang |
27 | PPV-37 | PPAT MAWILLA 1 TLDM Tg. Gelang | Tg. Gelang | Pahang |
28 | PPV-11 | 709 PPAT Akademi Tentera Udara | Ipoh | Perak |
29 | PPV-08 | 702 PPAT Kem Jalan Hospital | Ipoh | Perak |
30 | PSV-03 | 96 HAT – PKIA | Lumut | Perak |
31 | PPV-10 | 805 RSAT Kem Taiping | Taiping | Perak |
32 | PPV-09 | PPAT 4 RAMD Kem Tapah | Tapah | Perak |
33 | PPV-01 | PPAT 4 RRD Kem Taman Intan | Kangar | Perlis |
34 | PPV-06 | 804 RSAT Kem Sg. Ara | Bayan Lepas | Pulau Pinang |
35 | PPV-07 | 816 RSAT TUDM Butterworth | Butterworth | Pulau Pinang |
36 | PPV-45 | 802 RSAT Kem Lok Kawi | Lok Kawi | Sabah |
37 | PPV-42 | PPAT 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan | Sandakan | Sabah |
38 | PPV-43 | PPAT KD Sri Semporna TLDM | Semporna | Sabah |
39 | PSV-04 | HAT WKK Teluk Sepangar | Sepanggar | Sabah |
40 | PPV-44 | PPAT 7 RAMD Kem Kabota | Tawau | Sabah |
41 | PSV-05 | 801 RSAT Kem Penrissen | Kuching | Sarawak |
42 | PPV-47 | PPAT 11 RAMD Kem Semenggo | Kuching | Sarawak |
43 | PPVK-52 | PPAT 20 RAMD Kem Sri Miri | Miri | Sarawak |
44 | PPV-48 | PPAT 3 RRD Kem Oya, Batu 14 | Sibu | Sarawak |
45 | PPVK-54 | 803 RSAT Rascom Batu 10 | Sibu | Sarawak |
46 | PPVK-53 | PPAT 13 RAMD Kem Pakit | Sri Aman | Sarawak |
47 | PPV-14 | PPAT Rej 311 TUDM Jugra | Jugra | Selangor |
48 | PPV-15 | PPAT 31 RAD Semenyih | Semenyih | Selangor |
49 | PPV-12 | 819 RSAT PU Subang | Subang | Selangor |
50 | PPV-13 | 821 RSAT Kem Paya Jaras | Sungai Buloh | Selangor |
51 | PPV-32 | PPAT 321 TUDM Gong Kedak | Gong Kedak | Terengganu |
52 | PPV-33 | PPAT 18 RAMD, Kem Sri Pantai | Seberang Takir | Terengganu |
53 | PPV-46 | 818 RSAT TUDM PU Labuan | Labuan | WP Labuan |
54 | PPV-20 | 706 PPAT Kem Batu Kentonmen | Batu Kantonmen | WP KL |
55 | PPV-17 | PPAT Wardieburn | Setapak | WP KL |
56 | PPV-19 | PPAT 712 Kem Perdana | Sg. Besi | WP KL |
57 | PPV-16 | HAT Tuanku Mizan | Wangsa Maju | WP KL |
58 | PSV-01 | 93 Depot Perubatan Dan Pergigian Angkatan Tentera | Wangsa Maju | WP KL |
59 | PPV-18 | Klinik Keluarga DTHO | Wangsa Maju | WP KL |
Soalan Lazim Proses Vaksinasi COVID-19 Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ATM
1. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama semasa melapor ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ATM?
Calon Penerima Vaksin (CPV) perlu membawa dokumen berikut:
a. MyTentera / MyKad.
b. MySejahtera yang aktif dan dikemaskini dengan versi terkini mengandungi modul vaksinasi.
c. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 ATM – dicetak dan dilengkapkan.
d. Borang Daftar Program Imunisasi COVID-19 ATM (PPV-DAFTAR-01) – dicetak dan dilengkapkan.
Borang-borang tersebut boleh dimuat turun dari sini : http://bit.ly/atm-borang-vaksinasi-covid19
2. Bagaimanakah saya tahu, saya seorang Calon Penerima Vaksin (CPV) dan di PPV ATM manakah saya patut menerimanya?
Senarai nama CPV yang terpilih untuk vaksinasi di Fasa 1b program ini akan ditentukan oleh pasukan anda. Pihak pasukan akan memaklumkan kepada anda apabila jadual waktu penerimaan vaksin di PPV tertentu dimuktamadkan.
3. Berapa awal saya perlu berada di PPV ATM tersebut?
Setelah CPV diberikan jadual (PPV, tarikh dan masa) untuk hadir, adalah dinasihatkan berada lebih awal (15-30 minit) di PPV tersebut untuk melancarkan pentadbiran. CPV dinasihatkan untuk hadir hanya di dalam slot masa yang diberikan.
4. Apakah yang perlu saya lakukan jika pada hari dan masa saya sepatutnya menerima vaksin tersebut saya mempunyai gejala?
CPV bertanggungjawab memaklumkan kepada pasukan dan PPV seawal yang mungkin agar ruang tersebut dapat diberikan kepada CPV lain. Anda dinasihatkan untuk melapor sakit agar saringan COVID-19 dapat dilakukan. Penjadualan baru akan dibuat untuk anda apabila disahkan bebas dari jangkitan COVID-19.
5. Siapakah yang layak menandatangani ruang “Tandatangan Saksi” di Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 tersebut?
Ruang tersebut perlu diisi dan ditandatangani oleh Pegawai pasukan anda, sebelum anda hadir di PPV untuk menerima suntikan vaksin.
6. Adakah saya boleh menderma darah setelah menerima vaksin COVID-19 ini?
Ya, boleh berdasarkan ketetapan berikut:
a. Penerima vaksin dari jenis non-live vaccines (Pfizer, Astra Zeneca, Sinovac dsb.) – seminggu dari tarikh suntukan.
b. Penerima vaksin dari jeni live vaccines – dua minggu dari tarikh suntikan.
c. Penerima yang mengalami reaksi (deman, sakit atau senegal otot dsb.) – seminggu setelah gejala hilang.
d. Penerima yang mengalami reaksi teruk (rawatan anafilaksis kecemasan) – tidak dibenarkan menderma.
7. Bolehkah saya menerima vaksin COVID-19 ini, jika saya mengandung atau menyusukan anak?
a. Untuk Petugas Kesihatan, wanita hamil atau wanita menyusu dalam kategori ini adalah dibenarkan untuk mengambil suntikan imunisasi dengan persetujuan penerima vaksin.
b. Untuk CPV yang lain, wanita hamil tidak diwajibkan untuk program suntikan imunisasi.
c. Bagi wanita menyusu, CPV yang berhasrat untuk mengambil suntikan imunisasi adalah dibenarkan atas kesedaran dan persetujuan penerima vaksin.
8. Berapa lamakah saya perlu menunggu setelah menerima suntikan vaksin COVID-19?
Setelah menerima suntikan vaksin, anda perlu diberikan pengawasan selama 15-30 minit untuk petugas kesihatan memantau tahap reaksi anda kepada vaksin yang diberikan. Anda akan dibenarkan balik setelah disahkan sihat.
9. Apakah dokumen yang akan diberikan kepada saya setelah selesai proses vaksinasi COVID-19?
a. Anda akan diberikan Kad Vaksin. Kad Vaksin tersebut mengandungi maklumat jenis dan tarikh dos pertama, dan tarikh untuk hadir dos kedua.
b. Sila jaga Kad Vaksin in dengan baik dan selamat.
c. Sila bawa Kad Vaksin ini apabila datang ke PPV untuk menerima suntikan dos kedua.
d. Setelah selesai semua dos yang sepatutnya diberikan, Kad Vaksin ini akan disimpan di dalam rekod perubatan anda.
10. Apakah yang patut saya lakukan setelah pulang dari PPV ATM (selesai menerima dos vaksin COVID-19)?
a. Anda hendaklah melapor kepada pasukan anda agar ianya dapat mengemaskini penyata status imunisasi COVID-19 pasukan.
b. Anda boleh bertugas seperti biasa.
c. Anda hendaklah melapor sakit jika merasa tidak sihat dan mempunyai tanda-tanda reaksi yang berpanjangan
Semua Calon Penerima Vaksin (CPV) COVID-19 ATM yang dijadualkan menerima suntikan di PPV yang ditetapkan perlu membawa dokumen-dokumen berikut:
1. MyTentera / MyKad.
2. MySejahtera yang aktif dan telah dikemaskini dengan versi terkini (mempunyai modul vaksinasi).
3. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 ATM – Klik untuk muat turun.
4. Borang Daftar Program Imunisasi COVID-19 ATM – Klik untuk muat turun.
Sila pastikan dokumen dan borang-borang yang diperlukan telah dicetak dan dilengkapkan. Untuk Bahagian Saksi borang tersebut, Pegawai pasukan boleh menandatanganinya.